“Terlalu banyak ilmu yang saya dapat dari JangS”- Luxxy

Menerusi sebuah hantaran SPIN Esports, Luxxy menyatakan di story Instagramnya bahawa terlalu banyak ilmu yang dia dapat daripada bekas jurulatih BTR RA JangS.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by SPIN – Esports (@spin_esports)

“Terlalu banyak ilmu yang saya dapat semasa JangS menjadi jurulatih BTR. Mungkin tanpa JangS prestasi kami akan menjadi lebih teruk.”

Harus diingatkan juga disebabkan JangS kami juga berjaya memberikan hasil yang terbaik sejak setahun yang lepas dan disebabkan JangS juga kami selalu menyertai kejohanan-kejohanan yang berprestij” katanya.

Tambahan pula, Luxxy menyebut bahawa JangS bukanlah seorang jurulatih yang murahan.

“JangS itu bukan jurulatih yang murahan, bukan juga jurulatih atas talian yang dibayar tanpa bersemuka.

Anda semua harus ingat bahawa menjadi pemain profesional itu bukan perkara yang mudah, netizen hanya tahu kami bila kami berada di atas sahaja dan tidak tahu berapa lama perjuangan kami” katanya.

Baru-baru ini, arena kompetitif PUBG Mobile dikejutkan dengan JangS mengumumkan persaraanya sebagai jurulatih BTR RA.

Foto: IG LUXXY

 

RELATED NEWS

+