mengumumkan tarikh beta baru untuk memberi kesempatan bagi orang ramai mencuba sekuel kepada The Division."> mengumumkan tarikh beta baru untuk memberi kesempatan bagi orang ramai mencuba sekuel kepada The Division." /> mengumumkan tarikh beta baru untuk memberi kesempatan bagi orang ramai mencuba sekuel kepada The Division." />

The Division 2: Beta Terbuka Untuk Semua Pemain Bermula Pada 1 Mac

Ubisoft baru sahaja menutup tirai beta tertutup The Division 2 tetapi studio ini sudah mengumumkan tarikh beta baru untuk memberi kesempatan bagi orang ramai mencuba sekuel kepada The Division.

Beta terbuka The Division 2 akan bermula pada 1 Mac sehingga 4 Mac 2019. Beta ini akan beri pandang pertama kepada pemain dan semua kandungan yang didedahkan semasa beta tertutup lepas. 

The Division 2 bukan lagi berlatarbelakangkan di bandar New York dan berpindah ke bandar Washington DC. Korang boleh siap serbu masuk White House dan dijadikan sebagai pengkalan (Base of Operations) untuk ejen Division. Wooh.

Beta ini akan singgah ke beberapa kawasan Dark Zone dan beri akses kepada ketiga-tiga kelas akhir (specializations).

Beta terbuka The Division 2 boleh mula dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 1 Mac sehingga 4 Mac 2019. Bagi mereka yang mahu bermain game first-person shooter (FPS) di PC, korang boleh tengok spesifikasi di sini.

The Division 2 bakal dilancarkan secara rasmi di Epic Games Store (PC), PS4 dan Xbox One pada 15 Mac 2019.

RELATED NEWS

+