The Walking Dead: The Final Season Tak Akan Dijual Lagi Buat Sementara Waktu

Kalau korang dah beli The Walking Dead: The Final Season sebelum ini, mesti korang boleh download yang kedua dan juga episod terakhir hari ini.

Tapi bagi yang belum dapat, ada berita buruk untuk korang.

Laporan DualShockers mengatakan episod akhir yang dikeluarkan dah pun dibuang dari pasaran digital. Di beberapa rantau lain, ia dibuang dari PlayStation Store (hanya demo ditunjukkan), dari Xbox Games Store, Steam dan juga GOG. 

Bagaimanapun ia hanya sementara dan permainan ini mungkin akan kembali apabila ia habis disiapkan. Tapi untuk versi fizikal, The Walking Dead: The Final Season akan hadir pada November.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+