Bintang The Walking Dead, Andrew Lincoln Tidak Lagi Kembali Selepas Season 9

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Andrew Lincoln yang membintangi drama zombi popular di seluruh dunia iaitu The Walking Dead akhirnya mengumumkan persaraannya daripada rancangan itu selepas hampir 9 tahun memainkan watak Rick Grimes.

Lincoln akan meninggalkan rancangan itu selepas musim depan yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Berita itu dilaporkan dari Collider yang mengatakan The Walking Dead Season 9 akan menjadi musim terakhir bagi pelakon itu.

Pengumuman ini bukanlah mengejutkan kerana dia melakonkan watak itu hampir sedekad, Rick menjadi watak utama sejak permulaan. Tapi dalam komik berdasarkan The Walking Dead, Rick menjadi watak utama jadi plotnya mungkin berubah apabila Lincoln tiada lagi dalan rancangan itu.

Berita ini juga dilaporkan selepas Lauren Cohan yang melakonkan watak Maggie sejak Musim Kedua, dikurangkan penampilannya dalam beberapa episod untuk Season 9. Cohan akan muncul dalam enam episod saja sementara membintangi drama Whiskey Cavalier.

Kemungkinan jika kedua watak penting ini meninggalkan The Walking Dead, AMC akan memikirkan bagaimana untuk menjadikan Norman Reedus yang terkenal dengan watak Daryl sebagai tonggak utama. Daryl mendapat perhatian peminat dan Norman pasti ditawarkan bayaran tinggi untuk mengekalkannya dalam rancangan itu.

The Walking Dead Season 9 masih belum mendapat tarikh tayangan tapi dijangka hadir pada musim luruh ini. Walaupun drama ini masih popular, tapi viewership untuk Season 8 dah menunjukkan penurunan berbanding musim lain.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+