The Witcher 3 akan tiba di PS5, pemilik versi PS4 dapat naik taraf percuma

CD Projekt Red telah mengumumkan bahawa versi baharu The Witcher 3 akan dilancarkan di PC, PlayStation 5 (PS5), dan Xbox Series X.

Pemilik versi terkini di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One akan menerima naik taraf percuma apabila berpindah ke konsol baharu.

Menurut CD Projekt Red, antara penambahbaikkan visual dan teknikal yang akan dimasukkan dalam versi baharu ini adalah pencahayaan ray-tracing dan waktu muatan yang lebih pendek.

Sudah lama tahun berlalu sejak pelancaran The Witcher 3 dan ia kini telah menjadi antara permainan role-playing game (RPG) paling terkenal di dunia.

Setakat Disember 2019, The Witcher 3 dan kedua-dua kandungan tambahannya iaitu Hearts of Stone dan Blood and Wine telah mencecah jualan melebihi 28 juta salinan.

Sumber: CD Projekt Red

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+