DOTA2: PSG.LGD Benam Virtus.Pro Ke Lower Bracket

Dalam perlawanan pembukaan The International 2019 yang membuka tirai pada jam 10:45 pagi tadi menyaksikan pasukan tuan rumah, PSG.LGD mencabar skuad Russia, Virtus.Pro dan berjaya menundukkan mereka dengan skor cemerlang 2-0.

Pada perlawanan pertama, PSG.LGD menggunakan Sven dan Gyrocopter sebagai damage dealer dan dibantu oleh Ogre Magi, Leviathan dan Rubick. Lineup mereka ternyata berkesan ke atas Virtus.Pro yang berani menggunakan Dazzle sebagai core dan Morphling. Bagaimanapun, ultimate Leviathan terlalu kuat sehingga memaksa mereka menyerah kalah pada minit ke 45.

Pada perlawanan kedua pula, LGD seolah sudah menemui rentak, menggunakan Kunkka dan Phantom Assassin. Mereka terus cemerlang dengan bantuan Mirana dan Shadow Demon yang memberikan utility kepada pasukan. 

Virtus.Pro pula mengharapkan pada bantuan Lion dan Earth Spirit tapi mereka adalah hero kurang agresif jika dibandingkan dengan Mirana dan Shadow Demon. Dengan gold lead sebanyak 11,000, mereka berjaya musnahkan menara pertahanan pertama pada minit ke-32.

Pada minit ke 35, Terrorblade tidak mampu berbuat apa-apa dan ditimpa stun lalu kecundang begitu saja. 

Phantom Assassin pula sudah mempunyai Divine Rapier pada minit ke-40, menguatkan lagi serangan PSG.LGD.

Virtus.Pro mengangkat bendera putih tidak lama selepas itu apabila mereka tertangkap di hutan Dire dan Terrorblade tidak dapat memanfaatkan Aegis.

Foto: Liquipedia

RELATED NEWS

+