“Tiada perbezaan prestasi untuk PS5 baru dengan model pelancaran” – Digital Foundry

Produksi model terbaru PlayStation 5 sedang dijalankan dan terdapat laporan menyatakan, model yang diperbaharui ini tiada beza dengan model pelancaran, dari segi prestasi.

Menurut Digital Foundry yang berpeluang untuk mencuba kedua model ini, model CFI-1100 tidak ada perbezaan yang ketara berbanding CFI-1000 (model ketika pelancaran).

Sebelum ini, Sony sudah melakukan sedikit perubahan pada sistem penyejukan di dalam PS5 baru yang menyebabkan sebilangan bakal pengguna risau kemungkinan isu panas akan berlaku pada sistem baru. Tetapi, melalui ujian Digital Foundry, tiada perbezaan suhu yang terlalu ketara di antara dua model ini. 

Malah, semua ujian ini dijalankan menggunakan perisian yang sama pada dua vesi PS5 yang berbeza, dan kedua sistem mempunyai prestasi yang sama. 

Dari segi perkakasan, model baru ini dikatakan 300 gram lebih ringan berbanding model pelancaran, dengan dimensi yang sama. Ia juga terdapat sedikit penambahbaikan pada stand, agar mudah disambungkan menggunakan tangan tanpa peralatan tambahan. 

Jadi, tiada apa yang anda perlu risaukan pada model baru PS5 ini kerana perkara yang anda perlu risaukan buat masa ini adalah kesukaran untuk mendapatkan model PS5 itu sendiri, berikutan isu kekurangan cip di peringkat global.

Selain itu, PS5 juga menerima kemaskini besar di mana pengguna kini boleh menambah storan dalaman konsol.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+