Tier One jalin kerjasama dengan AV Radicals hadapi FFWS

Organisasi Tier One Entertainment yang bertapak di Filipina mengumumkan kerjasama yang dicapai bersama pasukan Free Fire Filipina, AV Radicals.

Usaha ini dilihat sebagai strategi pemasaran kerana kancah kompetitif Free Fire di Filipina kurang memberangsangkan dalam tiga musim sebelum ini.

AV Radicals membuktikan satu-satunya pasukan Filipina yang berjaya memecahkan stigma ini seterusnya membuktikan kemampuan pasukan Filipina dalam kejohanan majors di MCPS Majors musim keempat.

Pasukan yang diketuai oleh Tanamo itu bakal dibarisi enam pemain secara keseluruhan bagi Siri Dunia Free Fire Bangkok pada 26 November ini.

Tier One Entertainment adalah organisasi yang tertumpu dalam ekosistem permainan dan e-sukan dan antara terbesar di Asia Tenggara. Organisasi ini juga mempunyai pasukan e-sukan yang dikenali sebagai Blacklist International.

Berikut adalah pemain yang bakal bermain di Siri Dunia Free Fire Bangkok:

  • AV.Rmiel.One
  • AV.Toohs.One
  • AV.Alice.One
  • AV.Pipan.One
  • AV.Tnamo.One
  • AV.Wine.One

Sembilan pasukan ini akan bersaing untuk merebut empat slot teratas untuk melayakkan pasukan menyertai lapan pasukan pilihan terbaik, menjadikan 12 finalis untuk Peringkat Final pada 26 November. 

Siri Dunia Free Fire (FFWS) bakal disiarkan secara langsung di Facebook, Youtube dan Tiktok rasmi Garena Free Fire Malaysia pada jam 10PM.

RELATED NEWS

+