Titanfall akan ditamatkan, server masih dibuka untuk pemain sedia ada

Respawn Entertainment, pembangun permainan Titanfall, mengumumkan bahawa permainan FPS itu akan dihentikan penjualannya di semua kedai dalam talian dan servis langganannya akan dihentikan pada Mac 2022. 

Meskipun ianya akan ditamatkan, pemain sedia ada masih boleh bermain tanpa rasa bimbang kerana server permainan itu akan kekal aktif dan pihak Respawn tidak menyatakan sebarang tarikh penutupan server. 

Buat masa ini, Respawn akan fokus kepada masa depan buat Titanfall 2 dan Apex Legends.

Pihak Respawn tidak menyatakan sebarang sebab mengenai nyah-senarai Titanfall daripada semua kedai atas talian. Kemungkinan, ianya disebabkan isu DDOS yang dihadapi mereka beberapa tahun ini.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+