Todak sah ke MSC 2023

Selepas mengharungi satu musim yang penuh dengan banyak cabaran, akhirnya Todak berjaya dinobatkan sebagai juara MPL MY Musim ke-11 dan menempah slot ke Piala Asia Tenggara (MSC) 2023.

Todak berjaya menewaskan Team SMG dengan skor 4-0.

Pada perlawanan pertama, Todak berjaya mendominasi Team SMG dengan penggunaan Atlas yang dimainkan Yums. Ahli pasukannya mengambil kesempatan untuk menghabiskan perlawanan ini pada minit ke-12.

Namun pada perlawanan kedua, Team SMG memberi saingan yang sengit tetapi selepas Mid Laner Team SMG, Stormie banyak ditangkap oleh Todak menyebabkan mereka hilang kawalan peta.

Perlawanan itu mengambil masa selama 27 minit memihak Todak yang berjaya membunuh ramai hero penting untuk Team SMG.

Pada perlawanan ketiga, Karrie yang digunakan CikuGais mengganas dengan bantuan daripada Akai, Valentina, Khufra dan Joy berjaya mendapatkan kemenangan dan meletakkan Todak di hadapan dengan skor 3-0.

Pada perlawanan terakhir, Team SMG membawa masuk Natan namun ia tidak dapat membantu Team SMG untuk menang selepas Todak tidak memberi ruang kepada mereka dan mengakhiri perlawanan ini dengan skor 4-0.

CikuGais dinobatkan sebagai Final MVP dengan satu persembahan yang menakjubkan. Bukan itu sahaja, dia hanya menggunakan Karrie dalam siri ini.

Todak akan menjadi wakil tunggal untuk Malaysia di kejohanan MSC 2023 yang akan berlangsung di Kemboja pada Jun ini.

Ciku pula muncul sebagai Playoffs MVP bagi musim kali ini.

TAGS

RELATED NEWS

+