Uhigh dan Jangs sertai Geek Fam untuk Sukan SEA PUBG Mobile

Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) yang ke-31 akan bermula pada Mei ini. Pertandingan akan diadakan di Hanoi, Vietnam.

Pasukan Geek Fam MY baru sahaja mengumumkan barisan pemain PUBG Mobile mereka yang akan bermain untuk pusingan kelayakan Sukan SEA bagi kategori PUBG Mobile hari ini.

Dianggotai oleh pemain lama dan pemain dari pasukan Indonesia, Bigetron Red Aliens.

Mereka adalah:

  • Uhigh 
  • Damrude
  • Sonic7Days
  • Qb
  • Snipes
  • Jangs – Jurulatih

Adakah pasukan ini akan mampu untuk memenangi pusingan kelayakan dan membawa pingat emas untuk Malaysia kali ini? Kita bakal saksikan.

Perlawanan akan dimulakan hari ini secara langsung bermula jam 3 petang di Facebook Malaysia Esports Federation.

Foto: Geek Fam MY

RELATED NEWS

+