uHigh keluar Team Secret

Muhammad Dhiya Ulhaq “Uhigh” adalah seorang pemain muda yang berbakat besar di dalam bidang e-sukan PUBG Mobile, beliau juga mempunyai akaun Facebook gaming sendiri dan seringkali melakukan penstriman langsung di platform itu.

Team Secret mendedahkan pemergian pemain ‘Fragger’ itu dari pasukan dalam satu posting, menandakan sudah tamat perjalanan beliau di dalam pasukan itu. Di manakah hala tuju uHigh kali ini?  

 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Secret (@teamsecret)

Seringkali digelar sebagai salah seorang pemain PUBG Mobile yang tersohor, beliau juga pernah mendapat pujian dari BTR Zuxxy, mengatakan uHigh adalah salah seorang pemain PUBG yang paling sukar pernah dia hadapi.

Kemahirannya dalam mengawal recoil sangat dipandang tinggi oleh pasukan lain, beliau tidak mudah panik di dalam perlawanan dan akan mengawal permainan itu untuk menjadi kelebihan buat pasukannya.

Menyertai pasukan Team Secret pada tahun 2020, uHigh tidak pernah bertukar ke pasukan yang lain sejak itu. Juara PMPL MYSG 2020 itu pernah bertanding di kejohanan dunia PUBG Mobile pada 24 November tahun lalu dan berjaya mendapatkan tempat ketujuh bersama pasukannya. 

Beliau juga pernah menjadi juara PMPL MYSG S1 dan S2 serta pernah menjadi Terminator sepanjang dua musim itu.

uHigh juga pernah menjadi pemain terbaik (MVP) di Grand Final PMPL MYSG S2.

Foto: MyInfoSukan

RELATED NEWS

+