sebuah kekosongan jawatan dan selepas itu, tiada berita tentang permainan mudah alih itu."> sebuah kekosongan jawatan dan selepas itu, tiada berita tentang permainan mudah alih itu." /> sebuah kekosongan jawatan dan selepas itu, tiada berita tentang permainan mudah alih itu." />

Ujian beta VALORANT Mobile akan dilancarkan tidak lama lagi?

VALORANT Mobile adalah salah satu permainan yang ditunggu-tunggu dari Riot Games. Sebelum ini, permainan itu hanya ura-ura dari sebuah kekosongan jawatan dan selepas itu, tiada berita tentang permainan mudah alih itu.

Walaupun setakat ini, Riot Games belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi permainan.

Namun, menurut pelombong data yang boleh dipercayai ValorLeaks, dalam satu siri tweet pada 10 Februari, beta Valorant Mobile akan hadir tidak lama lagi.

ValorLeaks menyatakan bahawa ujian beta akan menggunakan sistem jemputan.

Dia berkata, “Pada masa ini, nampaknya ia akan menggunakan sistem jemputan untuk pemain menjemput rakan untuk mendapatkan akses kepada beta,”

Namun, jemputan ke beta tidak wujud lagi pada masa ini. ValorLeaks juga berkata bahawa beta mungkin beberapa bulan lagi.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+