“Untuk netizen yang asyik mengata saya, anda akan nampak kelainan,” – Xorn

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Muhammad Zul Hisham Mohd Noor atau Xorn menjawab persoalan netizen yang menyangkal dengan kebolehannya untuk bermain bagi kontinjen negara di Sukan SEA 2021.

“Untuk netizen yang asyik mengata saya, anda akan nampak kelainan. Bila saya main (dengan Todak), lain lah macam tak sama dengan pasukan saya (Geek Fam) itu,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), pagi hari ini.

Xorn juga mengatakan keserasiannya dengan pasukan Malaysia boleh dikatakan selesa.

“Saya rasa tak kekok walaupun baru bersama dengan Todak.

“Untuk persiapan, kami masa raya pun berlatih jadi lebih kurang dua tiga minggu kami berlatih,” katanya.

Xorn juga akan bermain di lineup utama di Sukan SEA 2021 nanti.

@mygameondotmy @Mohd Zul Hisham memberi jawapan terhadap netizen yang asyik menyangkal kebolehannya. #MalaysiaBoleh #MalaysiaRoar #SEAGames31 #fyp #kakigaming ♬ Kita Rockstar – Yazmin Aziz, KUNGFU HEIDI

Sebelum ini, Xorn dihujat segelintir pihak yang menyangkal kebolehannya untuk bermain di Sukan SEA 2021. Di Liga Profesional (MPL MY S9) yang lalu, Geek Fam tidak layak ke playoff sekali gus ramai yang mengatakan ada ramai lagi pemain lain boleh menggantikan posisi Yums (faktor usia) untuk ke Sukan SEA.

Bagaimanapun, Xorn akhirnya dipilih sebagai pengganti Yums dan pengurus Todak, Ashi serta pemain Todak, Moon menyokong pemilihan ini.

Artikel berkaitan: Moon kata Xorn pandai ‘setup’

Artikel berkaitan: Todak pilih Xorn berdasarkan statistik

RELATED NEWS

+