V33Wise nak masuk EVOS Legends?

Menerusi sebuah hantaran Facebook jurulatih pasukan EVOS Legend, Bjorn Ong atau lebih dikenali sebagai Zeys, bertanyakan seberapa pentingkah mengimport pemain Filipina ke EVOS Legends.

Pemenang pingat emas untuk acara Mobile Legends di sukan SEA yang ke-31, Danerie James Del Rosario atau lebih dikenali sebagai Wise, langsung meletakkan komennya di hantaran itu.  

“Mari kita lakukan! V33Wise masuk” tulisnya. Tidak hanya Wise, terdapat beberapa pemain profesional dari Filipina dan Indonesia juga turut membalas komen di hantaran itu seperti pemain ONIC PH Baloyskie.

“Ayuhlah EVOS Baloyskie” tulis Baloyskie. Pemain ikonik RRQ Hoshi, Lemon juga sempat meletakkan komennya di ruangan itu.

“Kenapa awak tidak mahukan saya,” tulis Lemon. 

Selepas Zeys memuat naik hantaran itu di akaun Facebooknya, dia segara memuat naik story Instagramnya yang menyatakan, pada ketika ini pemain Filipina yang berminat, kami akan mengeluarkan sebuah form untuk anda isi nanti.

Seperti yang kita sedia maklum, V33Wise sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan jurulatih EVOS itu. Mereka juga pernah melakukan podcast bersama-sama jurulatih itu.

Jadi tidak hairan, kalau sekiranya mereka berdua ingin memasuki pasukan gergasi Indonesia itu.

Walau bagaimanapun, pada penstriman Wise tempoh hari, dia menyatakan bahawa dia dan Venus akan kembali berehat pada musim hadapan.

Meskipun kebarangkalian untuk perpindahan ini terjadi agak kecil, tetapi tiada perkara yang mustahil.

Apa pendapat anda?

Foto: Instagram Wise

RELATED NEWS

+