VALORANT Mobile menjanjikan pengalaman berbeza dengan permainan battle royale

Walaupun baru sahaja meraikan ulangtahun pertama mereka, VALORANT adalah permainan penembak taktikal yang cukup terkenal kini sejak dilancarkan secara rasmi pada Jun tahun lepas. Popularitinya juga kini melonjak selepas perlaksanaan kejohanan e-sukan yang diadakan di pelbagai peringkat di hampir semua benua. 

Pembangun VALORANT, Riot Games, menyatakan bahawa VALORANT akan tiba untuk platform mudah alih pada masa akan datang. Selain itu, Riot juga menyatakan VALORANT Mobile akan memberikan pengalaman yang berbeza berbanding PUBG Mobile, Call of Duty Mobile dan Fortnite. 

Berbeza dengan permainan battle royale, pemain akan berlawan dalam banyak pusingan. Jika anda tewas di dalam pusingan itu, permainan tidak akan tamat dan anda akan dihidupkan pada pusingan seterusnya. 

Buat mereka yang tidak mengenali VALORANT, ia adalah permainan taktikal seramai 10 orang dengan dua pasukan dibentuk daripada lima orang pemain. Seakan-akan Counter-Strike, setiap pasukan ditugaskan sama ada untuk memasang bom (digelar spike di dalam Valorant) atau mematikannya, atau dengan menewaskan setiap ahli pasukan pihak lawan untuk meraih kemenangan. 

Selain itu, setiap pemain diberikan watak agen-agen yang punyai berbeza kelebihan dan pilihan senjata yang pelbagai daripada setiap jenis. Agen-agen ini juga diberikan role yang berbeza sama ada, Duelist, Initiator, Sentinel dan  Controller.

Permainan ini menyediakan pelbagai mod yang menarik terutamanya mod Unrated untuk mod yang lebih santai dan Competitive yang mengutamakan pangkat daripada Iron hingga Radiant.

VALORANT ialah permainan menembak taktikal berpasukan. Pada awal permainan pemain akan diberikan pistol asas. Kemudian dan seterusnya senjata sepeti SMG, rifle, sniper dan shotgun boleh dibeli pada awal pusingan dengan harga-harga tertentu. 

RELATED NEWS

+