Valve menganjurkan pertandingan seni AS$1 juta

Valve kini menganjurkan satu pertandingan untuk mencari 10 rekaan kulit senjata mereka, dengan hadiah lumayan berjumlah AS$1 juta. 

Bertemakan ‘Dream & Nightmare’, 10 pemenang akan dipilih dan masing-masing akan berpeluang memenangi hadiah wang AS$100,000. 

Bagi yang ingin sertai, mereka perlu mendaftar melalui akaun Steam  yang mana telah melakukan pembelian sekurang-kurangnya US$5 (~RM21.13).

Peserta boleh menghantar sebanyak penyertaan yang mereka mahu, sama ada secara individu atau berkumpulan. Malah, mereka juga boleh memperolehi kemenangan berganda melalui penyertaan berbeza. 

Pertandingan akan mula berlangsung bermula hari ini hingga 21 Oktober. Pemenang akan diumumkan pada 21 November ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari SINI.

RELATED NEWS

+