VCT: Sentinels tundukkan G2, 100 Thieves comeback menentang Gambit

Perlawanan Sentinels menentang G2 Esports awal pagi tadi mempamerkan kekuatan kedua-dua pasukan itu. 

Juara Master Reykjavik itu berjaya menewaskan G2 di perlawanan pertama di Split dengan 13-6. Walaupun ramai yang menjangkakan Sentinels akan menguasai kedua-dua perlawanan, G2 berjaya memperolehi kemenangan di perlawanan kedua di Icebox dengan 13-8.

Meskipun hampir mengikat Sentinel, tetapi G2 tumpas di Haven dengan 13-8 di perlawanan ketiga.

Bagi 100 Thieves, meskipun hampir kecundang, mereka berjaya mendapatkan rentak permainan sebelum comeback menentang wakil EMEA, Gambit Esports.

Pada perlawanan pertama di Ascent, 100 Thieves tewas di tangan 13-5 kepada Gambit yang mengawal permainan dengan cukup baik. Gambit dapat mengawal separuh masa kedua dengan cukup sempurna tanpa memberikan mata kepada 100 Thieves.

Perlawanan kedua, 100 Thieves pada awalnya dikuasai kehebatan Gambit pada separuh awal perlawanan di Icebox dengan 9-3. Mereka mula melakar kemenangan di separuh perlawanan kedua sebagai Attackers dengan perlawanan berakhir 13-11 selepas Hiko daripada 100 Thieves berjaya mendapatkan clutch.

Perlawanan penentuan di Split, separuh awal perlawanan 100 Thieves berjaya menunjukkan taring mereka dengan mendahului 9-3. Seterusnya pada separuh kedua, Hiko sekali lagi menjadi pembakar semangat yang seterusnya membawa kepada kemenangan 100 Thieves. 

Perlawanan seterusnya, Sentinels akan menentang F4Q pada 14 September pada 3.00 pagi waktu Malaysia. Manakala, 100 Thieves menjadi pasukan pertama yang layak ke pusingan Playoffs selepas menewaskan Havan Liberty dan Gambit Esports. 

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+