VCT: XSET menubuhkan pasukan wanita menjelang VCT Game Changers 3

Meskipun baru setahun ditubuhkan iaitu pada Julai 2020, organisasi esukan XSET yang berpangkalan di Amerika Utara ini sudah pun bersaing di dalam pelbagai kejohanan esukan seperti Rainbow Six Siege, Rocket League, PUBG dan kedua-dua pasukan lelaki dan wanita VALORANT. 

XSET baru-baru ini menjelang North America VCT Game Changer 3, telah menandatangi pasukan wanita mereka iaitu NOTHING2LOSE. 

Ahli pasukan ini terdiri daripada ARIANARCHIST, starriebun, ArtstaR, maryna, EllieTwitches dan jurulatih, Ducky.

Kejohanan VCT Game Changers 3, kini sedang berlangsung bagi wilayah Amerika Utara. VCT Game Changers adalah platform bagi bakat-bakat VALORANT untuk pasukan wanita mempamerkan bakat mereka.

Berikut adalah pasukan yang sertai NA VCT Game Changers 3:

  • Cloud9 White
  • Shopify Rebellion
  • Dignitas Female
  • Gen.G Black
  • DLG Red
  • TSM Female
  • XSET Female
  • Polaris

Kejohanan ini sedang berlangsung iaitu bermula 29 September sehinagga 3 Oktober ini. 

Sumber: Dot Esports.

RELATED NEWS

+