Video musik tahunan League of Legends sempena Worlds dilancarkan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pada setiap tahun, Riot Games akan melancarkan video musik untuk meraikan pemain-pemainnya sempena acara terbesar pada League of Legends setiap tahun.

Riot mengeluarkan video-video ini bermula pada tahun 2014 dengan lagu Warriors yang didendangkan oleh Imagine Dragons. Pada tahun ini, Riot Games berganding bahu bersama PVRIS dan Studio Tumble untuk membawakan video musik MAKE/BREAK.

Anda boleh menonton video itu di bawah:

Seperti biasa, peminat dan pemain akan perasan beberapa pemain profesional yang terkemuka seperti T1 Faker, DWK Showmaker, TES JackeyLove and G2 Rekkles. Video ini juga memaparkan sebuah portal terbuka pada minit 2:42, dan pemain digerakkan ke Shenzhen (tempat asalnya Worlds dianjurkan)

Sedutan video di atas menunjukkan salah satu bahagian perlawanan yang menunjukkan DWK ShowMaker sebagai Syndra berlawan dengan HLE Chovy sebagai Orianna.

Keratan video ini pula mengetengahkan beberapa pemain dalam pertempuran IG TheShy dan SN Bin, keduanya sebagai Fiora, EDG Viper, sebagai Xayah, yang bertembung RNG Gala, sebagai Varus.

Pada minit 1:06, kita dapat lihat C9 Blaber sebagai Kindred berlawan 100 Fakerdagge sebagai Azir. MAD Armut (Mega Gnar) menghantar RGE Hans Sama (Kalista) terbang. Pemain Legendary Pain Gaming ADC BRTT, sebagai Draven juga dilihat, berlawan VRX fNb, sebagai Renekton.

Riot Games sentiasa ke hadapan apabila berkata tentang media pemasaran mereka. Peminat VALORANT pun menikmati kualiti media yang sama yang dilihat pada video trailer Fracture dan DUALITY yang boleh dilihat di bawah.

RELATED NEWS

+