Vokey tak lagi bersama RSG Malaysia

Pemain RSG Malaysia, Imran Rosli (Vokey) tak lagi bersama skuad itu. Dalam pengumuman ringkas di Facebook, RSG MY mengucapkan terima kasih.

“Banyak sangat kisah manis dan pahit yang kita kongsi bersama. Tapi setiap pertemuan pasti ada pengakhiran.

“Terima kasih atas semua memori yang indah. Harap kita berjumpa lagi di masa akan datang! All the best Vokey Gaming dari satu keluarga RSG!,” tulis kenyataan itu.

Vokey sebelum ini bersama pasukannya, RSG MY berjaya menjadi juara keseluruhan liga profesional PUBG Mobile (PMPL MYSG) musim ketiga sekali gus layak ke peringkat SEA Final.

Kejayaan pasukan itu nyata memberikan perspektif ‘era baharu’ PUBG Mobile di Malaysia apabila pasukan RSG MY dan Dingoz MPX mencipta kejutan menjadi wakil negara di SEA Final selain Geek Fam.

Tidak hanya menjadi pemain profesional, jejaka ini juga dikenali di TikTok dan Facebook Gaming yang mana beliau mempunyai lebih 1 juta pengikut dan sering mempertontonkan gaya permainan PUBG Mobile kepada peminatnya.

RELATED NEWS

+