Wild Rift atau Mobile Legends, mana yang lagi anda suka?

Mobile Legends Bang Bang dan Wild Rift masih menjadi antara pendebatan terhebat di Asia Tenggara.

Moonton yang membangunkan Mobile Legends boleh dikatakan generasi kedua MOBA yang telah berjaya menjadi tsunami MOBA untuk permainan mudah alih.

Manakala Wild Rift pula MOBA yang meminjam banyak dari versi PC iaitu League of Legends dan kian meningkat naik.

Jadi sini kita akan lihat perbandingan Wild Rift dan juga Mobile Legends Bang Bang dari beberapa segi.

1. Animasi dan Grafik

Grafik League of Legends: Wild Rift nyata menggunakan inspirasi sama dan sejujurnya tampak cantik untuk versi mudah alih.

Bagi mereka yang veteran dari LoL PC, istilah seperti Fog of War, kawasan jungle dan lain-lain pasti tiada masalah untuk mengadaptasi. Pemain yang baru saja berjinak-jinak dalam Wild Rift juga boleh belajar dengan mudah dengan adanya panduan dari segi peta, objek di dalamnya dan champions serta items.

Pada awal pelancaran, Mobile Legends: Bang Bang mempunyai grafik yang kurang menarik namun lama kelamaan kualiti grafik Mobile Legends makin meningkat seiring dengan arus perkembangan teknologi terkini.

Project NEXT juga mengubah antaramuka dan menambah ciri baharu dalam permainan, menjadikan ia berevolusi seiring perkembangan masa.

2. Most Effective Tactics Available (META)

Image via Riot Games and Moonton

Mobile Legends kini mempunyai meta yang memberi fokus kepada seorang hyper carry atau jungler. Jadi tiga hero akan berada di mid dan dua hero lain akan berada di lane masing-masing.

Namun, kebiasaan dilihat apabila jungler mendapatkan kesemua monster di hutan dan support akan mengikut untuk bantu.

Ia juga lebih kepada sistem funneling di mana kesemua buff dan kill banyak diberikan kepada hyper carry untuk terus memacu kemenangan bagi pasukan.

Manakala untuk Wild Rift pula, permainan mempunyai struktur yang sememangnya jelas kerana mengikuti versi PC.

Setiap Champion mempunyai peranan dan objektif masing-masing.

Junglers juga menjadi salah satu peranan yang penting dan akan menyerlah mengikut permainan. Mereka perlu mendapatkan objektif seperti Rift Herald dan Dragons untuk pasukan.

Wild Rift pula memerlukan kefahaman yang lebih mendalam kerana terdapat fog of warward, last hit dan item yang hanya boleh dibeli di base

Dalam Wild Rift, laning phase agak perlahan dan duo lane perlu bermain dengan berhati-hati untuk elak gank.

Wild Rift banyak mengutamakan teamfight di kawasan objektif. Penggunaan ward juga banyak membantu. Pendek kata, MLBB dan Wild Rift berkongsi konsep yang sama iaitu berlawan di kawasan objektif dan pasukan menang akan dapat kelebihan.

3. Tahap Kesusahan dan Perbezaan Mekanisme

Wild Rift memberi lebih fokus kepada kompetitif berbanding Mobile Legends yang asalnya permainan kasual sahaja.

Wild Rift juga mempunyai tahap yang kesedaran peta yang lebih banyak dari Mobile Legends dengan adanya ward serta epic monsters.

Sebagai contoh Dragon dan Elder Dragon serta Baron.

Wild Rift Drakes (Image via Riot Games)

Setiap jenis dragon dengan buff tersendiri akan menjadi penentu untuk cara bermain satu pasukan dan mengikut situasi masing-masing. 

Baron juga akan mempengaruhi kekuatan pasukan jika berjaya dibunuh.

How to Kill Turtle Quickly Tips in Mobile Legends (ML) – Esports

Namun, Mobile Legends mempunyai dua objektif iaitu Turtle dan Lord yang akan membantu dalam lane push. Ini mendorong kepada waktu perlawanan lebih singkat untuk pemain.

Akan tetapi MLBB mempunyai ciri unik iaitu cut lane di mana pemain side lane akan membunuh minion di belakang tower.

Di dalam MLBB setiap permainan adalah di antara 10-15 minit sahaja dan Wild Rift pula boleh menjadi 15-20 minit.

Dari layout di dalam permainan, champions Wild Rift mempunyai satu kuasa ekstra untuk ditekan sekaligus menambah lagi pemahaman dan kesukaran ketika bermain.

Jadi Wild Rift atau Mobile Legends?

Jawapan sebenarnya terletak pada diri sendiri mengikut perspektif anda. Kedua-dua permainan mempunyai kelebihan dan daya tarikan masing-masing.

Mobile Legends pula sudah lama bertapak dalam pasaran di Asia Tenggara.

Mobile Legends juga menjadi antara permainan mudah alih terawal yang memasuki Sukan SEA 2019.

Wild Rift pula mempunyai pengaruh yang berterusan disebabkan League of Legends namun mempunyai pemain yang makin bertambah dan e-sukan yang dipergiatkan.

Apakah nasib Wild Rift dan Mobile Legends Bang Bang nanti?

Adakah akan ada satu kemunculan baru MOBA di telefon pintar yang bakal mengalahkan Wild Rift dan MLBB?

RELATED NEWS

+