Wild Rift: Beta terbuka akan hadir ke sembilan rantau baru pada Disember

Permainan mudah alih terbaru, League of Legends: Wild Rift akan melanjutkan fasa beta terbuka mereka ke lebih banyak negara iaitu Vietnam, Oceania dan Taiwan pada 7 Disember ini. 

Pada 10 Disember pula, ia boleh dimainkan pemain di Eropah, Turki, Negara-Negara Bebas Komanwel (CIS), Timur Tengah dan Afrika Utara

Ketika ini, Wild Rift sudah pun hadir ke Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Jepun dan Korea Selatan.

Organisasi e-sukan sudah pun mula merancang tubuhkan pasukan mereka biarpun permainan ini belum sampai tahap pelancaran global.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+