Wild Rift: Beta tertutup dihentikan sementara, lebih ramai pemain baru akan masuk

Bagi pemain atau peserta beta tertutup League of Legends: Wild Rift, pasti anda mengenalpasti satu mesej apabila log masuk dalam aplikasi permainan. Ia ditulis server maintenance. Mesej ini adalah jelas bahawa Wild Rift akan ditutup seketika pelayarnya dan akan disambung kemudian.

Dalam satu ciapan oleh Riot Games, mereka akan menghentikan seketika permainan itu untuk beberapa hari sebelum fasa seterusnya.

Umum mengetahui, akaun anda sedia ada akan menerima reset sepenuhnya. Ini bermakna:

  • ID anda akan berbalik kepada peringkat 1
  • Segala pembelian menggunakan Wild Cores akan hilang tapi Wild Cores akan dikembalikan dengan tambahan 20% bonus.
  • Segala hero yang dibeli juga akan hilang.

Riot mengatakan perubahan ini adalah untuk memberi ruang kepada pemain baru agar mereka berada pada peringkat yang sama. Walaubagaimanapun, yang kekal buat pemain fasa pertama ini adalah pengalaman bermain Wild Rift tersebut, jelas Riot.

Reset kepada beta tertutup ini juga bermakna lebih ramai pemain baru akan masuk dan lebih banyak rantau dibuka untuk bermain Wild Rift.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+