laporkan sebelum ini yang Soloz, Penjahat dan Fredo akan bertanding."> laporkan sebelum ini yang Soloz, Penjahat dan Fredo akan bertanding." /> laporkan sebelum ini yang Soloz, Penjahat dan Fredo akan bertanding." />

Wild Rift: Butiran mengenai Pentaboom Showdown Asia Tenggara didedahkan

Dalam kejohanan amal League of Legends: Wild Rift Pentaboom Showdown peringkat Asia Tenggara, penulis laporkan sebelum ini yang Soloz, Penjahat dan Fredo akan bertanding.

Semalam, format untuk kejohanan ini diumumkan.

Pada hari pertama, lapan pasukan akan dibahagikan kepada kumpulan A dan B dalam format round robin.

Keputusan pada hari pertama akan menempatkan mereka dalam bracket pada hari kedua. Pusingan suku akhir ini akan dimainkan dalam format kalah mati.

Di peringkat Grand Final, mereka akan bertarung dalam format Best of Five bagi menentukan siapakah juara sebenar peringkat Asia Tenggara.

Agihan hadiah kemenangan adalah seperti berikut:

  

Juara akan membawa pulang keseluruhan AS$20 ribu (RM81,510) berserta 5 buah kerusi koleksi Secretlab Omega League of Legends.

Selain hadiah terkumpul dipertandingkan ini, sebanyak AS$60,000 (RM245,000) akan disumbangkan kepada badan kebajikan di negara masing-masing yang terlibat. Di Malaysia, badan bukan kerajaan Wings Melaka (yang membantu kanak-kanak kecacatan perkembangan) dipilih.

Kejohanan itu akan menampilkan lapan pasukan dari lima pencipta kandungan terkemuka dan artis dari Kemboja, Indonesia, Filipina, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam pada 12 hingga 13 Disember ini.

Ia akan disiarkan secara rasmi dalam Bahasa Melayu di Facebook, Youtube dan Twitch.

Untuk info lanjut, anda boleh layari Wild Rift Pentaboom.

RELATED NEWS

+