Wild Rift: Darius dan Draven kini tiba, Wukong tak lama lagi

Dua champions baru, Darius dan Draven kini tiba ke fasa beta terbuka League of Legends: Wild Rift.

Kedua-dua adik beradik ini boleh didapatkan secara percuma melalui acara Noxian Brotherhood yang sudah bermula sekarang hingga 23 Disember ini.

 

Darius sesuai dimainkan di laluan Baron manakala Draven adalah marksman di laluan Dragon.

Bagi anda yang ingin mendapatkan champion ini dengan segera tanpa selesaikan misi, boleh dapatkan mereka di stor. Terdapat dua bundle yang didatangkan dengan dua skins bagi setiap champion.

Bundle ini boleh didapati sekitar harga RM60 sahaja melalui pembelian Wild Cores.

Wukong pula akan tiba tak lama lagi pada bulan ini juga.

RELATED NEWS

+