Windows 11 dikatakan punca pemain disekat di Call of Duty dan PUBG

Selepas pelancaran kemaskini Windows 11 baru-baru ini, ramai pengguna menyertai Windows Insider Program untuk mencuba perisian tersebut. Walaubagaimanapun, pemain permainan video ada sesuatu untuk diadukan.

Petikan di Reddit, beberapa pemain menyatakan mereka telah disekat daripada permainan yang diselenggara perisian anti-cheat BattlEye, selepas menaiktaraf ke Windows 11. Permainan-permainan tersebut termasuklah Call of Duty, PUBG, Rainbow 6 Siege dan banyak lagi. Kemungkinan, perinsian anti-cheat tersebut gagal untuk mengenalpasti sistem operasi tersebut dan ditanda sebagai cheat.

Buat masa sekarang, isu tersebut dikatakan sudah diselesaikan. PUBG Corp mengumumkan di Reddit bahawa mereka sudah membetulkan isu tersebut. Manakala, pemain Call of Duty kemudiannya menyatakan kemungkinan sistem operasi tersebut bukan menjadi punca mereka disekat.

Apa-apa pun, sepatutnya tidak menjadi masalah untuk pemain permainan untuk menaiktaraf sistem operasi ke Windows 11, tetapi buat mereka yang masih ragu-ragu, adalah lebih baik untuk menunggu versi rasmi dilancarkan.

RELATED NEWS

+