Worlds 2021 mencatatkan waktu tontonan keseluruhan lebih 1 billion jam

Arena profesional Riot Games mencatat rekod baharu bagi 2021 selepas kejohanan dunia bagi League of Legends.

Worlds Championship berjaya mencatatkan waktu tontonan tertinggi melebihi 1 billion jam.

Waktu tontonan itu merangkumi 121 perlawanan yang disiar secara langsung melalui 34 buah pelantar penstriman. 

Esports Chart mencatatkan, perlawanan akhir Worlds 2021, perlawanan T1 menentang DWG KIA dan DWG KIA menentang MAD Lions antara yang menyumbang kepada rekod itu. 

Bahkan, di China sahaja perlawanan antara DWG KIA menentang EDward Gaming di pusingan akhir mencapai jumlah penonton seramai 73 juta. 

Kejohanan Worlds tahun ini yang sepatutnya diadakan di China dipindahkan ke Iceland akibat penularan Covid dan sekatan kemasukan. 

Worlds 2022 sebelum ini didedahkan oleh Riot, akan dianjurkan di beberapa bandar di Amerika Utara. 

Sumber: Dot Esports.  

RELATED NEWS

+