Xbox Series X Boleh Main Empat Game Sekaligus, Sokong 120FPS

Konsol generasi seterusnya dijadualkan untuk dilancarkan pada hujung tahun ini. Sony masih berdiam diri tentang PlayStation 5 (PS5) tetapi Microsoft konsisten dalam menyampaikan maklumat baru tentang Xbox Series X.

Baru-baru ini, maklumat penuh spesifikasi konsol Xbox Series X telah didedahkan oleh Microsoft. Pada waktu yang sama, saluran YouTube Digital Foundry dan Austin Evans dibenarkan untuk menganalisa konsol baru ini dan mereka telah mengeluarkan beberapa video mengenainya.

Berikut adalah senarai penuh spesifikasi Xbox Series X:

Jelas sekali bahawa konsol sangat berkuasa tetapi ini kali ini Microsoft membuktikan kenyataan tersebut dengan sebuah demonstrasi teknologi Quick Resume. Ia membolehkan konsol ini untuk kekalkan sehingga tiga atau empat permainan video sekaligus.

Dengan teknologi, pemain boleh menyambung mana-mana permainan video yang tidak ditutup walaupun konsol itu sendiri dimatikan atau menjalani kemaskini sistem. Apa yang membuatkan teknologi ini layak dipuji ialah ia hanya akan mengambil masa beberapa saat untuk memulakan setiap permainan video.

Walaubagaimanpun, demonstrasi kali ini hanya menggunakan permainan video daripada generasi sekarang iaitu Forza Motorsport 7, Ori and the Blind Forest, The Cave, Hellblade: Senua’s Sacrifice, dan State of Decay 2.

Demonstrasi teknologi Hardware Ray-Tracing pula ditunjukkan melalui Minecraft. Walaupun Minecraft bukan sebuah judul yang memerlukan kuasa pemprosesan dan grafik yang tinggi tetapi ia mampu menonjolkan kualiti cahaya ray-tracing dalam bentuk yang asli.

Dalam demonstrasi tersebut, kita dapat lihat bahawa sinaran dan pantulan cahaya menjadi lebih realistik. Bahan kaca yang berwarna akan menghasilkan kesan cahaya berwarna. Bentuk bayang-bayang berubah menjadi lebih tajam atau kajur mengikut permukaan.

Kualiti grafik beresolusi 4K bukan sesuatu yang baru bagi keluarga Xbox. Xbox One X sudah berkebolehan memaparkan beberapa permainan video pada resolusi 4K. Untuk Xbox Series X, Microsoft mahu mengekalkan resolusi tinggi itu ditambahkan dengan kelancaran framerate berkadar 60fps.

Untuk permainan video berdaya saing (competitive) yang memerlukan tindak balas pantas, Microsoft juga berjanji konsol ini mampu dimainkan pada kadar 120fps.

Gears 5, sebuah permainan video yang dilancarkan untuk Xbox One dan PC pada tahun lepas, digunakan untuk menunjukkan penambahbaikkan ini. Di Xbox Series X, Gears 5 boleh dimain pada resolusi 4K dan framerate berkadar 60fps. Di Xbox One, ia hanya mampu mencapai 30fps.

Maklumat baru ini semua membuktikan Microsoft lebih menekankan kelancaran permainan video berbanding dengan kualiti grafik yang jauh lebih baik daripada konsol generasi ini.

Pada pendapat penulis, ini sebuah perspektif yang bagus kerana masih ramai pemain tidak mampu membeli TV dan monitor 4K. Oleh itu, lebih baik jika perkakasan sebuah konsol digunakan untuk memberikan pengalaman permainan video yang lebih lancar pada resolusi 1080p dan 1440p.

Satu persoalan yang bermain di minda orang ramai ialah “Berapa harga Xbox Series X?” dan pada waktu ini, Microsoft masih belum memberikan jawapan. Dengan kuasa setanding gaming PC spesifikasi tinggi, adakah konsol ini akan dijual pada harga melebihi RM2,000?

Satu lagi soalan yang patut ditanya: Microsoft sudah mendedahkan segalanya, Sony bila pula?

Sumber: Xbox

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+