Xinnn berharap EVOS Legends berjaya ke M4 lawan Filipina

Kekuatan pasukan lain di MPL ID S10 yang makin ketara menyebabkan perjalanan EVOS Legends untuk ke kejohanan dunia MLBB, M4 dilihat sukar dan penuh liku.

Mereka harus menempatkan diri ke upper bracket dan lolos ke playoffs.

Kegagalan mereka untuk muncul di M2, M3 nyata membuatkan ramai peminat mendahagakan kelibat mereka di kejohanan dunia sekali lagi.

Ini termasuklah pemain RRQ Hoshi, Xinnn yang secara peribadinya ingin EVOS ke pentas dunia.

@evos.zone sc #xin #rrqxin #evoslegends ♬ Orange 7 – Anime Quotes

“Saya rasa kita sangat susah nak jadi lebih hebat dari Filipina. Saya dah tak berharap lagi.

“Semoga musim kesepuluh ini yang masuk siri M ada EVOS Legends. Nak tengok macam mana EVOS lawan PH,” katanya.

Mungkin Xinnn berpendapat EVOS Legends kali ini ada resepi kemenangan untuk melangkah jauh.

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+