Xinnn jawab kenyataan Kelra akan masuk ke RRQ Hoshi

Desas desus menyatakan bahawa Kelra akan ke RRQ Hoshi mula tular. Menurut kenyataan dari Z4pnu, beliau menyatakan bahawa pihak RRQ Hoshi sudah menghubungi pihak beliau oleh kerana tertarik untuk membawa masuk Kelra.

Kelra juga mengatakan beliau mahu untuk bermain bersama Sang Raja itu. Namun begitu, Xinnn menjawab perkara itu dengan mengatakan “Kamu semua percaya Kelra akan bermain bersama RRQ Hoshi? Dari segi kemahiran, beliau tidak banyak beza dengan atau Skylar,” ujarnya.

“Jika dia memang mahu masuk ke dalam pasukan Indonesia maka beliau harus belajar bahasa Indonesia kerana Kelra hanya mampu berbahasa Tagalog,” tambah Xinnn.

Apa pendapat anda semua tentang perkara ini? Adakah kita akan melihat Kelra menjadi pemain pertama dari Filipina yang akan memasuki arena kompetitif Mobile Legends di Indonesia? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+