Xorn masih memegang 100% winrate menggunakan tiga hero ini

Xorn atau nama sebenarnya Mohammad Zul Hisham adalah pemain pasukan Geek Fam dan dipinjamkan kepada Team SMG untuk musim kali ini. 

Seperti kita dapat lihat, Xorn di musim kali ini nampak lebih bersinar dengan penggunaan hero roamer seperti Atlas, Chou dan juga Johnson.

Malah, Xorn mengejutkan pasukan Homebois dengan penggunaan hero Johnson yang sangat efektif terhadap draft pasukan Homebois minggu lalu.

Dia masih memegang 100% kadar kemenangan menggunakan hero-hero ini setakat minggu ketujuh.

Adakah kadar kemenangan Xorn menggunakan hero ini bakal dipecahkan di minggu kelapan? Kita bakal saksikan.

Terdahulu pasukan Geek Fam gagal layak ke peringkat liga MPL MY apabila ditewaskan oleh Team Lemah (kini dikenali sebagai Team Lunatix).

RELATED NEWS

+