XOX dan Macpie Bhd bekerjasama menganjurkan liga e-sukan PUBG Mobile

XOX Bhd kini memasuki pasaran e-sukan buat pertama kali dengan kerjasama bersama Macpie Bhd bagi penganjuran liga e-sukan PUBG Mobile iaitu XOX Unity.

“Sebagai syarikat teknologi, kami yakin perkembangan e-sukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah kerana penyertaan yang meluas dari gamers di seluruh dunia.

“Kami ingin menjadi platform bagi gamers berkumpul dan tonjolkan bakat mereka serta merasai pengalaman digital yang kami tawarkan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif XOX, Ng Kok Heng dalam satu kenyataan.

Buat masa ini tiada butiran lanjut mengenai liga ini dan bila ia akan diadakan.

RELATED NEWS

+