Yoodo Red Giants Esports cipta kejutan lengkapi top 4 MPL MY musim ke-11

Pasukan rookie, Yoodo Red Giants Esports (YRG) berjaya layak ke Upper Bracket suku akhir selepas menamatkan saingan liga di tangga keempat.

YRG dahulu dikenali sebagai ELX Esports ditandatangani oleh pasukan bola sepak negara iaitu Selangor FC.

Pasukan yang dibarisi oleh Sekys, Gojes, Zakqt, SyF dan Esha Ohana berjaya melayakkan pasukan itu ke MPL selepas berjaya memenangi slot di kelayakan.

Selepas itu, Ozoraveki kembali dari persaraan sebagai jurulatih pasukan ini untuk menghadapi MPL pada musim ini.

Mereka memulakan musim mereka dengan langkah kanan selepas menewaskan Red Esports dan Madness Esports pada dua perlawanan pertama.

Namun, selepas perlawanan itu mereka tewas lima perlawanan berturut-turut sehingga menjadi calon penyingkiran.

Semasa kekalahan itu, mereka membawa masuk atlet Sukan SEA iaitu Xorn ke dalam barisan pemain selepas jendela perpindahan dibuka.

Walaupun mereka tewas untuk beberapa perlawanan, pada minggu kelima dan minggu keenam, Xorn dan YRG mula mendapat keserasian di antara mereka.

Mereka berjaya mengutip 6 mata penting menentang Team Secret dan Team Haq dan berjaya melonjakkan kedudukan mereka ke tangga ke-4.

Mereka berkongsi mata dengan Red Esports dan mereka terpaksa bermain di Tiebreaker di mana YRG muncul sebagai pemenang untuk perlawanan itu.

Mereka berjaya memenangi 1 mata dan memintas Red Esports untuk menghuni tangga keempat. Ia satu pencapaian yang bagus ditunjukkan pasukan rookie ini.

 

Bukan itu sahaja, pemain mereka terdiri daripada dua orang rookie dan pemain yang pernah bermain di MPL tetapi tidak diberikan peluang untuk bermain.

Dengan tambahan Xorn yang mempunyai pengalaman yang luas bermain di pentas MPL, dia sedikit sebanyak dapat membantu pasukan itu memenangi baki perlawanan yang ada.

YRG akan memulakan saingan mereka di Upper Bracket suku akhir di mana mereka akan bertemu pemenang di antara Team Lunatix dan Madness Esports.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+