Zuxxy bagi petanda mungkin akan keluar BTR RA

Menerusi akaun Instagram Zuxxy, dia meluahkan rasa kekecewaanya selepas BTR RA gagal mara ke Pusingan Akhir Kejohanan SEA selepas menduduki tempat ke-4 dalam kedudukan akhir PMPL ID Spring 2022.

Kegagalan ini pastinya sudah dijangkakan oleh jurulatih BTR RA itu sendiri, Farhan Gafar atau lebih dikenali sebagai JangS dalam temu bual PMPL ID Spring 2022 beberapa minggu lalu.

JangS menyatakan bahawa dia akan melakukan yang terbaik untuk menghalang BTR RA daripada jatuh ke pusingan play-ins.

Namun begitu, BTR RA harus akur apabila mereka menamatkan saingan di pusingan akhir PMPL ID Spring 2022 di tempat ke-4. Sementara itu, pasukan adik-beradik mereka iaitu ION Esports berjaya muncul juara. Ini semestinya menambahkan kesedihan lagi kepada Zuxxy.

Menerusi story Instagramnya, dia meluahkan rasa kecewa dengan meninggalkan pesanan ringkas yang mungkin menjadi petanda dia akan meninggalkan BTR RA tidak lama lagi.

Adakah benar Zuxxy akan meninggalkan BTR RA? Sama-sama kita nantikan.

Foto: IG BIGETRON

RELATED NEWS

+