Mimin Helmet tinggalkan Bigetron

Organisasi e-sukan Indonesia, Bigetron Esports hari ini mengumumkan pengunduran pempengaruh mereka iaitu Mimin Helmet.

Pegumuman pengunduran Mimin Helmet itu dibuat dalam satu hantaran di akaun Instagram rasmi Bigetron Esports.  

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Bigetron Esports (@bigetronesports)

“Selepas bergabung dan berhibur di Bigetron Esports lebih kurang setahun, dengan berat hati, hari ini kita harus berpisah dengan salah satu keluarga kita, Mimin Helmet.

“Terima kasih atas dedikasi dan hiburan yang diberikan untuk Bigetroops selama setahun ini. Selamat maju jaya di perjalanan seterusnya,” tulis kapsyen itu.

Pengunduran ini sedikit sebanyak memberikan impak besar buat peminat-peminat e-sukan Indonesia. Namun, setiap permulaan pasti ada pengakhiran. 

Kami juga mengucapkan selamat maju jaya buat Mimin Helmet. 

RELATED NEWS

+