Industri e-sukan Malaysia makin berkembang tetapi masih terdapat genre permainan video yang kurang mendapat perhatian. Antaranya ialah genre perlawanan (fighting game). Perkara itu bakal berubah.
Syarikat telekomunikasi Yoodo mengumumkan penubuhan Yoodo Flash Vision (Yoodo FV), sebuah pasukan e-sukan untuk permainan video Tekken 7 dan Street Fighter V.
Penubuhan pasukan ini adalah hasil daripada kerjasama antara Yoodo dan sebuah organisasi e-sukan tempatan iaitu Flash Vision Esports.
Pasukan ini merangkumi sepuluh pemain Tekken 7 dan enam pemain Street Fighter V. Dua orang atlet e-sukan negara yang bertanding dalam kategori permainan video Tekken 7 di Sukan SEA 2019 juga menyertai pasukan ini:
Berikut adalah senarai penuh semua pemain Yoodo FV:
Tekken 7:
Street Fighter V:
Yoodo FV diuruskan oleh Mohd Aliffa bin Mohd Isa (aLeouf).
Ini merupakan sebuah langkah yang memberangsangkan bagi Fighting Games Community (FGC) di Malaysia. Permainan video lain yang sering dimainkan oleh mereka adalah Super Smash Bros. Ultimate, Dragon Ball FighterZ, dan banyak lagi.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.