Call of Duty: Mobile Rasmi Dikeluarkan Untuk Android Dan iOS

Call of Duty bakal melangsungkan pengalaman first-person shooter (FPS) ke arah telefon pintar pula. Activision and Tencent mengumumkan Call of Duty: Mobile bakal dilancarkan di Google Play Store dan App Store. Pada tahun lepas, kedua-dua syarikat gaming gergasi ini telah cuba pasaran dengan ujian beta di platform Android.

Pengumuman ini didedahkan semasa Game Developers Conference 2019 (GDC) berlangsung di San Francisco, Amerika Syarikat dan terdapat beberapa ujian beta bakal dijalankan di rantau benua Eropah dan Amerika menurut Activision.

Call of Duty: Mobile akan mengekalkan pengalaman permainan Call of Duty yang mengikut kualiti grafik kemampuan platform Xbox 360 dan PlayStation 3. Tambahan pula, peminat Call of Duty boleh mengenal pasti peta dan karakter yang pernah dipersembahkan dalam game sebelum ini seperti Call of Duty: Black Ops dan Call of Duty: Modern Warfare.

Yang menarik lagi, versi mobile ini akan dilancarkan secara percuma dengan fokus kepada mod perlawanan kompetitif multiplayer seperti Search-and-Destroy, Team Deathmatch dan banyak lagi.

Buat masa sekarang, tiada lagi tarikh ujian beta bagi rantau Asia dan juga sama ada dilancarkan secara serentak di Android dan iOS. Pemain yang berminat untuk cuba Call of Duty: Mobile boleh pra-daftar di laman rasmi mereka.

Sumber: Engadget

RELATED NEWS

+