AppStore untuk iPhone dan juga iPad."> AppStore untuk iPhone dan juga iPad." /> AppStore untuk iPhone dan juga iPad." />

Download Life Is Strange Di AppStore Bermula Hari Ini

Ingat lagi Life Is Strange? Game yang mengajar kita untuk buat keputusan yang betul kerana ia akan affect jalan cerita. Sekarang korang boleh mula download game ini di AppStore untuk iPhone dan juga iPad.

Sebelum ini ia dimainkan di PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox 360, Xbox One dan PC pada 2015 yang lepas.

Dengan harga RM12.90, korang boleh akses episod pertama tapi untuk meneruskan pengembaraan, perlu dapatkan season pass yang berharga RM37.90. Okay lah tu kan, kira korang support developer untuk game yang korang minat.

Pembangun Life Is Strange, Square Enix juga ada mengatakan hasrat untuk memperkenalkan episod keempat dan kelima pada tahun depan. 

RELATED NEWS

+