EVOS Esports melancarkan fasiliti latihan pertama di Malaysia
2020-07-31T09:03:22
By: Hazril Md Nor

EVOS Esports melancarkan fasiliti latihan pertama di Malaysia

 

Organisasi e-sukan terkemuka Asia Tenggara, EVOS Esports hari ini mengumumkan fasiliti latihan pertama di Malaysia.

Dalam satu kenyataan, EVOS Esports umum kemasukan mereka ke dalam arena e-sukan Malaysia dengan pasukan PUBG Mobile, EVOS VIP pada Februari lalu.

Pasukan tersebut dianggotai oleh Yakuza (Afiq Abdul Aziz), Hyqul (Ahmad Danial Haiqal bin Abdul Rahman), LUXXY98 (Muhammad Danial bin Shahrom), xSamZ (Muhammad bin Abdul Samad), RaZor (Wan Muhammad Irfan Bin Wan Zakaria), Jurulatih, rascaL (Mohammad Azali bin Ismail) dan Pengurus Pasukan, AurOra (Andrew Chen).

Artikel berkaitan: Jurulatih, rascaL pernah menjadi seorang pendidik

Fasiliti ini akan didedikasikan untuk EVOS VIP mengadakan sesi latihan harian mereka termasuklah scrims bersama pasukan lain. Selain itu, fasiliti ini turut menjadi tempat untuk perjumpaan strategik, sesi teori dan bilik penstriman dikhususkan untuk pemain-pemain ini.

EVOS VIP akan menggunakan kelengkapan elektronik ditaja oleh Armaggeddon. 

“EVOS Esports teruja untuk meluaskan pengaruh dalam arena e-sukan dengan pelancaran fasiliti baru kami. Ia tentunya akan membantu atlet profesional kami untuk berlatih dan memberikan persembahan di peringkat tertinggi,” kata Ivan Yeo, Ketua Pegawai Eksekutif EVOS Esports.

Dengan adanya fasiliti latihan ini untuk melatih atlet e-sukan adalah penting untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan boleh mempamerkan prestasi yang bagus dalam e-sukan, berbeza dengan pasukan yang tak mempunyai kelebihan ini.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Razer melancarkan DeathAdder V2, BlackShark V2, dan BlackWidow V3 versi nirwayar
3 days ago
Di sebalik seorang Fall Guy.. bagaimana anatomi sebenar mereka?
3 days ago
Permainan BTS Universe Story kini telah tiba untuk Android dan iOS
3 days ago
Among Us begitu popular sehingga pembangun membatalkan sekuel
3 days ago
The Game Awards 2020 akan diadakan pada 10 Disember
4 days ago
Metal Gear Solid dan Metal Gear Solid 2 mungkin akan dilancarkan semula di PC