Semasa di persidangan Ubisoft E3 2019, pelakon terkenal Jon Bernthal (The Punisher, Baby Driver) memperkenalkan Ghost Recon: Breakpoint melalui perspektif karakternya, Colonel Cole D. Walker.
Ghost Recon: Breakpoint adalah sekuel kepada game team shooter bertemakan ketenteraan, Ghost Recon: Wildlands. Saksikan trailer manifesto oleh Walker yang mengetuai pasukan sendiri dipanggil sebagai Wolf:
Breakpoint akan mengambil tempat di sebuah pulau Auroa yang mana pemain boleh main secara solo (dengan ahli pasukan AI) dan seramai 4 pemain secara co-op. Korang bakal diburu oleh bekas-bekas ahli Ghost seperti Walker dan harus melangsungkan hidup selepas cedera tanpa apa-apa bantuan.
Di samping itu, Ubisoft mempamerkan trailer gameplay terbaru untuk mengalahkan Skell Technology iaitu sebuah syarikat di Silicon Valley.
Beta untuk Ghost Recon: Breakpoint bakal dibuka pada 5 September 2019 dan korang boleh daftar di sini. Ghost Recon: Breakpoint akan dilancarkan pada 4 Oktober 2019 di PC, PS4 dan Xbox One.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.