Harga PS5 Dijangka Mencecah RM2,000 Kerana Kos Pembuatan Yang Tinggi
2020-02-14T06:43:31
By: Burhanudin Zamri

Harga PS5 Dijangka Mencecah RM2,000 Kerana Kos Pembuatan Yang Tinggi

 

Para peminat permainan video seluruh dunia masih menunggu pengumuman rasmi daripada Sony untuk mengetahui lebih lanjut tentang konsol PlayStation 5 (PS5).

Malangnya, Sony belum bersedia untuk berkongsi apa-apa maklumat tentang PS5 yang dijangkakan dilancar pada penghujung tahun ini.

Laporan terkini daripada Bloomberg menyatakan bahawa kos pembuatan PS5 kini berjumlah sekitar AS$450 (RM1,860). Kemungkinan besar konsol tersebut akan dijual pada harga AS$470 (RM1,950).

Nampaknya, kos pembuatan PS5 meningkat akibat permintaan tinggi untuk komponen seperti dynamic random-access memory (DRAM) dan NAND flash memory.

Ini merupakan satu cabaran yang besar untuk Sony kerana harga tersebut agak tinggi, lagi-lagi bila dibanding dengan model termahal PlayStation 4 (PS4) iaitu PS4 Pro 1TB yang sekarang dijual pada harga RM1,799.

Apabila sudah tiba masanya untuk PS5 dilancarkan, setiap model konsol PS4 semestinya akan diturunkan harga. Ini akan mempengaruhi pilihan para pembeli yang berminat untuk menjadi pemilik konsol terbaru.

Walaubagaimanapun, Sony belum mengumumkan harga rasmi untuk PS5.

Menurut laporan yang sama, ada kemungkinan mereka akan menjual PS5 pada harga yang tidak menguntungkan dan akan bergantung pada keuntungan jualan perisian (software) dan perkhidmatan langganan seperti PlayStation Plus (PS+).

Terdapat sumber yang menyatakan Sony enggan mengumumkan harga PS5 pada waktu ini kerana mereka menunggu Microsoft untuk umumkan harga konsol generasi baru mereka iaitu Xbox Series X.

Apabila mengambil kira spesifikasi hebat PS5 yang (menurut Sony) mampu memaparkan permainan pada resolusi 4K dan kadar segar semula (refresh rate) 60Hz maka harga sekitar RM2,000 tidaklah begitu mengejutkan.

Persoalannya, adakah para pembeli sanggup membeli PS5 pada harga RM2,000?

Sumber: Bloomberg

Foto: Sony

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Razer melancarkan papan kekunci Razer Ornata V2, berharga RM499
2 days ago
Iklan dipanjangkan The Last of Us Part II kini boleh ditonton di YouTube
2 days ago
Black Shark 3 Pro dan Black Shark Bluetooth Earphones akan dijual mulai 4 Jun
3 days ago
Manchester City lancar Man City FIFA 20 Cup, terbuka untuk Singapura sahaja
3 days ago
Pelancaran musim baharu Call of Duty: Mobile dan Modern Warfare ditangguh
3 days ago
A Total War Saga: Troy akan dilancarkan pada 13 Ogos 2020, percuma dalam tempoh 24 jam pertama