Ini Sebab Kenapa PES 2019 Tidak Termasuk Dalam Koleksi Game Percuma PlayStation Plus
2019-07-08T07:46:36
By: Intan Mawarni

Ini Sebab Kenapa PES 2019 Tidak Termasuk Dalam Koleksi Game Percuma PlayStation Plus

 

Ketika senarai game percuma PlayStation Plus diumumkan untuk bulan Julai, PlayStation mengambil keputusan drastik untuk menukarkan game pada saat-saat akhir sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemain.

Penukaran secara tiba-tiba menimbulkan tanda tanya apa yang berlaku antara Konami dan Sony. Cuba korang teka, rupa-rupanya pihak Konami pun tidak tahu apa yang terjadi.

Menurut Gamespot, Konami memberi kenyataan pendek bahawa keputusan ini dijatuhkan oleh Sony sendiri . Pengurus jenama PES untuk benua Eropah, Lennart Bobzien berkata tindakan melulu ini tidak dijangkakan oleh Konami dan sangat mengejutkan. 

Berbalik kepada Sony, mereka menjawab, “Kami telah membuat keputusan untuk menukarkan game PS Plus bulan ini dan memberikan Detroit: Become Human bagi menggantikan PES 2019. Keputusan ini sebulat suara dibuat oleh syarikat kami dan kami meminta maaf atas segala kesulitan.”

Game PES terbaru kini mempunyai judul baru dipanggil sebagai eFootball: PES 2020 dan Manchester United kembali dengan lesen rasmi dalam game akan datang.

Versi demo eFootball akan mempamerkan mod perlawanan online dan offline serta Edit Mode bakal dikeluarkan pada 30 Julai. eFootball: PES 2020 bakal dilancarkan pada 10 September 2019 di PS4, Xbox One dan PC.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Cyberpunk 2077 ditangguh sekali lagi, dijadualkan tiba pada Disember
3 days ago
Ini dia 4 kebaikan permainan video yang anda perlu tahu
3 days ago
Destruction AllStars akan dilancarkan secara percuma untuk PlayStation Plus pada Februari 2021
3 days ago
Yoodo pertimbangkan add-on data League of Legends: Wild Rift jika ada permintaan
3 days ago
Komputer riba Razer Blade 15 dan Razer Blade Pro 17 diumumkan untuk pasaran Malaysia
4 days ago
[Review] Ghostrunner – permainan parkour yang hampir sempurna