KITAMEN menganjurkan perlawanan pertunjukan amal, bantu mangsa COVID-19
2020-06-04T07:52:56
By: Hazril Md Nor

KITAMEN menganjurkan perlawanan pertunjukan amal, bantu mangsa COVID-19

 

Usaha mengumpul dana dengan menganjurkan pertandingan e-sukan dalam talian bukanlah perkara baharu, namun inisiatif ini sememangnya wajar dipuji.

KITAMEN hari ini mengumumkan perlawanan pertunjukan amal Call of Duty Mobile bagi membantu golongan yang terjejas dengan wabak COVID-19 menerusi dermaan bintang (stars) di Facebook. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hazman Hassan berkata, ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua lapisan masyarakat bahawa golongan gamers turut bersama dalam memerangi wabak ini.

“Objektifnya adalah kita semua berhibur dan pada masa sama menderma kepada petugas barisan hadapan dalam memerangi COVID-19. 

“Dana yang dikumpul seterusnya disalurkan kepada Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF) menerusi kempen #YourHomeYourArena,” katanya.

Difahamkan, perlawanan pertunjukan amal ini akan disertai oleh pasukan yang tidak asing lagi dalam arena CODM seperti 21 Huntsmen, Axis Prototype dan RamPaGe. 

Malah, katanya lagi, KITAMEN ingin memperluas dan menghubungkan rangkaian peminat e-sukan antara Malaysia dan Filipina. Pasukan Filipina dibarisi oleh Digital Devils, Nexplay Predator dan Emporia Esports.

Perlawanan tersebut akan berlangsung pada jam 8 malam ini di Facebook rasmi KITAMEN.

Jangan lupa untuk tonton, beri sokongan kepada pasukan Malaysia dan derma stars! Setidaknya kita membantu dengan cara yang termampu untuk memerangi wabak ini bersama-sama.

TAGS

BERITA BERKAITAN

5 days ago
MPL: Ciku direhatkan, 4meyz atau Xray akan ganti posisi hypercarry
5 days ago
Gambar pertama kad grafik baharu AMD Radeon RX 6000 dipertunjukkan
5 days ago
Call of Duty League berpindah ke PC tetapi papan kekunci dan tetikus tidak dibenarkan
6 days ago
Cara-cara menjadi Impostor hebat dalam Among Us
6 days ago
Borderlands 3 akan dilancarkan untuk PS5 dan Xbox Series X
6 days ago
MPL: Pemain hyper carry Todak, Ciku masuk wad