Mobile Legends: Khaleed adalah hero baru yang akan hadir pada 7 Ogos ini
2020-07-29T06:38:33
By: Hazril Md Nor

Mobile Legends: Khaleed adalah hero baru yang akan hadir pada 7 Ogos ini

 

Hero fighter terbaru Mobile Legends: Bang Bang, Khaleed akan memasuki medan pertarungan Land of Dawn pada 7 Ogos ini.

Dalam video di atas, Khaleed adalah hero fighter yang boleh memulakan fight dengan mudah menggunakan ulti. Ini kerana ultinya mampu untuk ke back line dengan mudah tanpa berbalas kecederaan. Dia juga boleh mengacau kawasan Lord dan Turtle dengan senang menggunakan ulti tersebut.

Khaleed juga mempunyai survivability yang agak menarik dengan kuasanya untuk menambahkan nyawa yang hilang. Malah, poke dari kuasa pertama juga membuatkan hero ini adalah lane bully.

Seperti Taliah dalam League of Legends, Khaleed mempunyai kelajuan luar biasa apabila bar di bawah nyawanya penuh. 

Secara keseluruhannya, Khaleed adalah fighter yang menarik untuk digunakan kerana mempunyai kebolehan untuk mengacau dan pergi ke back line dengan mudah.

Bagi yang ingin mendapatkannya, anda boleh pra-tempah bermula 31 Julai ini.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
DOTA2: Team Nigma akan bertanding tanpa KuroKy di OMEGA League
2 days ago
Xbox Series X akan dilancarkan pada bulan November
3 days ago
[Review] OPPO Reno4 – upgrade yang hebat daripada OPPO Reno3
3 days ago
Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 ditangguhkan ke tahun depan
3 days ago
Team Liquid memperkenalkan skuad VALORANT baru
3 days ago
Jilid pertama novel rasmi Death Stranding akan diterbitkan pada 3 November