Mobile Legends: ‘Pasukan Malaysia Ada Stail Berbeza, Susah Nak Adapt,’ – Aeon (Flash Tyrants)

Semalam, berakhirnya pertarungan sengit Mobile Legends yang dipertandingkan di atas pentas di Empire City, Petaling Jaya menyaksikan wakil sulung Singapura, Flash Tyrants berdepan Geek Fam Mystic dalam Selangor Cyber Games 2018 yang bermula dari Sabtu hingga Ahad.

Mereka terdiri daripada kapten pasukan, Ong Wei Sheng (Aeon), Lim Zu Xian (Xian), Ngian Wee Kiat (Aubi), Teo Ting Swan (Swan), Marcus Soh Ming (Marc) dan Lim Sheng Lun (Lun). 

Flash Tyrants mempamerkan prestasi cemerlang dengan clean sweep 3-0 lalu membawa pulang wang tunai keseluruhan RM20,000. Apa rahsia kemenangan mereka ini? Jom ikuti temu bual penulis bersama mereka!

Flash Tyrants bersorak gembira selepas diumumkan juara. Juga hadir Menteri Besar Selangor, YAB Amirudin Shari.

MyGameOn: Apa perasaan anda apabila dijemput sebagai satu-satunya wakil Singapura berentap bersama pasukan Malaysia?

Aeon: Kami memang teruja untuk bermain di Malaysia. Sebabnya, setiap pasukan ini mempunyai stail dan cara bermain berbeza. Sebenarnya susah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini tapi kami cuba yang terbaik.

MyGameOn: Apa strategi terbaik digunakan ketika Selangor Cyber Games 2018 ini?

Aeon: Sebenarnya tiada satu strategi yang betul-betul berkesan. Pada awal pertandingan, kami banyak menggunakan hero yang kuat dalam teamfights. Tapi apabila berdepan Geek Fam Mystic pula, kami gunakan hero split push kerana mereka memang strong dalam teamfights. Ada peluang untuk counter, kami guna peluang itu sebaik mungkin.

MyGameOn: Adakah marksman menjadi meta dalam pertandingan kali ini? kerana dalam kebanyakan perlawanan pasukan anda akan menggunakan marksman.

Aeon: Saya tak rasa begitu. Seperti yang kita lihat, Hanabi dan Kimmy adalah adalah marksman paling kuat dalam meta sekarang tapi kami tak dibenarkan menggunakannya kerana ada bugs. 

Kalau mereka boleh digunakan dalam kejohanan lain, pasti akan mengambil pick ini kerana mereka amat kuat pada mid dan late game.

MyGameOn: Apakah kejohanan seterusnya yang anda akan sertai?

Aeon: Pada pertengahan November ini, kami akan menyertai Mobile Star League (MSL) yang akan mengumpulkan skuad-skuad lain di serata Asia Tenggara. Jadi kami akan terus berlatih untuk mempersiapkan diri menghadapi kejohanan itu.

——

Selangor Cyber Games 2018 mengumpulkan 6 permainan e-sukan iaitu Mobile Legends, Dota 2, PES 2019, FIFA 19, PUBG dan Tekken 7 dengan hadiah wang tunai terkumpul RM250,000. Ia diadakan selama dua hari bermula hari ini hingga Ahad di Empire City, Petaling Jaya, Selangor.

Anjuran kali kelima ini adalah dari Mineski Events Team Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor dan Big Machinez.

RELATED NEWS

+