MPL: 2ez4jepv Teruja Bersama Bosskurr, Bakal Hadapi Musim Liga Esok
2020-02-28T07:57:26
By: Hazril Md Nor

MPL: 2ez4jepv Teruja Bersama Bosskurr, Bakal Hadapi Musim Liga Esok

 

Pemain profesional Mobile Legends: Bang Bang, Mohd Haqqani Jaffar atau 2ez4jepv melahirkan rasa teruja dapat kembali bersama rakan seperjuangan, Bosskurr (dahulu ahlinya ada yang dari Team Saiyan) menjelang musim liga MPL MY/SG musim kelima bermula esok.

Jep yang dahulunya bersama Geek Fam untuk dua musim kini bermain untuk Bosskurr dan akan cuba yang terbaik untuk MPL kali ini.

“Saya rasa gembira dapat berjuang kembali bersama ex-Team Saiyan, Rush, Logan dan Hangus (jurulatih),” jelas Jep.

Dia juga mengatakan walaupun berlainan pasukan sekarang ini (dulunya Geek Fam), dia dapat belajar seperkara dua tentang kelemahan dan kelebihan dirinya.

“Saya harap dengan penyertaan ini dapat jadikan bimbingan kepada pelapis-pelapis akan datang sekiranya saya tak menyertai mana-mana kejohanan lagi pada masa akan datang.

“Latihan bersama Team Bosskurr ini sudah berjadual jadi senang untuk saya menguruskan masa dengan keluarga dan juga ahli pasukan,” kata Jep.

Jep mengatakan cabaran paling utama untuk MPL kali ini ialah memikul harapan peminat dan juga negara berdepan pasukan Singapura terutamanya.

“Team Bosskurr adalah pasukan yang popular di mata netizen dan kami terpaksa bekerja keras untuk capai matlamat demi sahabat-sahabat yang setia menyokong.

“Teruskan menyokong dan doakan kejayaan kami,” akhirinya.

Bosskurr akan bertarung menentang Geek Fam pada jam 5 petang Sabtu.

MPL Malaysia dan Singapura Musim Kelima mengumpulkan enam pasukan Malaysia dan empat pasukan Singapura berentap dalam musim liga selama enam minggu pada Sabtu dan Ahad.

Pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada 18 dan 19 April 2020 ini.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah terkumpul RM410,000.

Foto: eGG Network

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

 

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Pelancaran musim baharu Call of Duty: Mobile dan Modern Warfare ditangguh
1 day ago
Acara Cyberpunk 2077 “Night City Wire” ditangguh ke 25 Jun 2020
2 days ago
Pembentangan PS5: The Future of Gaming ditangguh
2 days ago
Valorant kini boleh dimain di Malaysia
3 days ago
Filem Sonic the Hedgehog akan menerima sebuah sekuel
3 days ago
Demo percuma Summer in Mara kini boleh dimain di PC