Pelan e-sukan 2021 Garena Free Fire – Tiga kejohanan utama, prizepool RM605,000
2020-12-18T06:57:39
By: Hazril Md Nor

Pelan e-sukan 2021 Garena Free Fire – Tiga kejohanan utama, prizepool RM605,000

 

Garena Free Fire berhasrat untuk memperluaskan pengaruh e-sukan bagi permainan mereka dengan penganjuran tiga kejohanan utama sepanjang tahun depan.

Ini adalah salah satu dari pelan e-sukan 2021 bagi Free Fire. 

Pertama sekali, pelan ini akan dimulakan dengan kejohanan Free Fire MCP Majors Season 1 pada Januari, diikuti dengan Free Fire Malaysia Championship antara Mei hingga Julai dan Free Fire MCP Majors Season 2 antara Julai  hingga September.

Kejohanan baru ini akan meningkatkan lagi tahap kompetitif dan ekosistem e-sukan tempatan dengan menyediakan platform kepada pemain menonjol bakat dan bekerjasama di peringkat kebangsaan. Tiga kejohanan ini akan mempertandingkan hadiah keseluruhan AS$150,000 (RM605,000).

 

Free Fire MCP Majors

Kejohanan ini akan dibuka kepada semua pemain dan pasukan dari Malaysia, Kemboja dan Filipina.

Kedua-dua musim akan dimulakan dengan kelayakan untuk menemukan 24 pasukan teratas dari tiga negara. Ia kemudian ditamatkan dengan pusingan kelayakan final selama dua hari untuk memilih 12 pasukan  ke peringkat liga.

Yang akan menyertai 12 pasukan ini adalah enam pasukan teratas dari Free Fire Tri-Nation Cup. Sebanyak 18 pasukan akan bertarung selama enam minggu untuk mara ke Grand Final.

Bagi pasukan enam teratas di Grand Final, mereka akan menerima slot jemputan khas ke MCP Majors musim seterusnya.

 

Free Fire Malaysia Championship

Kejohanan Malaysia ini akan mengambil bahagian antara dua musim MCP Majors. Ia dianjurkan khas untuk Malaysia bagi mencari bakat tempatan dan menggilap bakat mereka di peringkat kebangsaan.

Puluhan pasukan akan bertarung di pusingan kelayakan untuk menjadi antara 48 pasukan terbaik ke kelayakan final.

18 pasukan terbaik di kelayakan final akan bermain peringkat liga untuk empat minggu dan 12 teratas akan ke Grand Final.

Free Fire sebelum ini memenangi anugerah Permainan Mudah Alih E-Sukan Terbaik di Esports Awards 2020.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Final Fantasy VII Remake salah satu permainan percuma PS Plus Mac 2021
3 days ago
MPL Indonesia: Celiboy menjelaskan kemenangan mereka ke atas Sang Raja
4 days ago
MPL Indonesia: Sang Raja RRQ Hoshi tewas di tangan Alter Ego 0-2
4 days ago
Wakil Malaysia, Wicked Esports layak ke grand final FIFA eClub World Cup, akan lawan Jepun
4 days ago
MPL Indonesia: Bigetron Alpha 2-1 Genflix Aerowolf pada perlawanan pembukaan
5 days ago
Permainan battle royale Final Fantasy VII: The First Soldier diumumkan