Permohonan Google Indie Games Accelerator 2019 Telah Dibuka – Bina, Lancar & Pasarkan Game Sendiri!
2019-04-18T05:02:38
By: Intan Mawarni

Permohonan Google Indie Games Accelerator 2019 Telah Dibuka – Bina, Lancar & Pasarkan Game Sendiri!

 

Pembangun game mobile dan indie Malaysia, inilah peluang keemasan untuk tingkatkan hasil ciptaan interaktif kreatif ke tahap lebih tinggi!

Baru-baru ini, Google mengumumkan Indie Games Accelerator kembali untuk kali kedua pada tahun 2019. Lebih menarik lagi, program dituju khas kepada pembangun indie dan mobile ini turut melebarkan sayap ke pelbagai negara lain dari rantau Asia, Timur Tengah, Afrika, dan juga Amerika Selatan.

Apa itu Indie Games Accelerator?

Pada tahun lepas, Google melancarkan Indie Games Accelerator iaitu tergolong dalam kempen Launchpad Accelerator membantu pembangun indie serlahkan bakat mereka bagi terokai pasaran teknologi yang semakin meningkat maju seperti di gedung digital, Google Play.

Edisi pertama Indie Games Accelerator menjemput orang kuat dalam industri pembangunan game dari seluruh dunia beri bimbingan kepada pembangun berbakat dari negara Malaysia, India dan Pakistan.

Perkara apa yang dapat dipelajari daripada Indie Games Accelerator?

Indie Games Accelerator adalah program untuk pembangun game indie yang mahu mencari peluang untuk mengembangkan lagi potensi mereka untuk platform Android. Berkolaborasi bersama Google Play, peserta Indie Games Accelerator akan menerima kurikulum gaming terperinci dan mentoring khas daripada pakar industri mobile gaming.

Peserta yang terpilih akan dijemput bagi menghadiri dua bootcamp di cawangan Google Asia-Pasifik bertempat di Singapura. Terdapat juga beberapa faedah lain diterima oleh peserta terpilih seperti peluang untuk game berada di muka depan Google Play Store, jemputan eksklusif ke persidangan Google serta industri game dan banyak lagi.

Bila boleh daftar untuk Indie Games Accelerator?

Bagi mereka yang berminat untuk sertai Indie Games Accelerator, permohonan telah dibuka bermula sekarang sehingga 19 Mei 2019. Peserta yang terpilih bakal diumumkan kelak pada 5 Jun 2019.

Untuk maklumat lanjut tentang garis masa dan faedah lain, korang boleh layari laman utama Indie Games Accelerator di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Todak Apprentice – pasukan perintis bercita-cita tinggi
4 days ago
Filem Yakuza bakal menjadi kenyataan
4 days ago
RollerCoaster Tycoon 3: Complete Edition percuma untuk pemain PC!
4 days ago
Football Manager 2021 akan dilancarkan untuk PC pada 24 November
5 days ago
Dapatkan kupon $10 di EGS dengan memuat turun Rocket League secara percuma
5 days ago
BLACKPINK in your area! Kolaborasi bersama PUBG Mobile bermula hari ini