persembahan besar-besaran di atas pentas, Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan PlayStation 5 (PS5) secara rasmi di laman sosial media mereka."> persembahan besar-besaran di atas pentas, Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan PlayStation 5 (PS5) secara rasmi di laman sosial media mereka." /> persembahan besar-besaran di atas pentas, Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan PlayStation 5 (PS5) secara rasmi di laman sosial media mereka." />

PlayStation 5 Rasmi Tiba Pada Tahun 2020 – 7 Perkara Korang Perlu Tahu Tentang Konsol Terbaru Sony

Tanpa aral melintang atau persembahan besar-besaran di atas pentas, Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan PlayStation 5 (PS5) secara rasmi di laman sosial media mereka.

Walaupun ini telah dijangka oleh banyak media gaming dan juga pemain, presiden dan CEO SIE akhirnya membuka mulut dan mendedahkan lebih banyak perkara bermain di kotak fikiran kami seperti controller PS5 baru, game apa yang bakal tiba di PS5 dan macam-macam lagi.

Melalui kenyataan dari PlayStation dan Wired, inilah 7 perkara korang perlu tahu tentang konsol PS5.

 

1. Sistem konsol PS5

Gambar hiasan semata-mata

Seperti mana korang sedia tahu, CPU PS5 akan mengambil langkah sama seperti konsol terbaru Xbox, Project Scarlett. CPU PS5 adalah generasi ketiga AMD Ryzen 8 core 7nm Zen 2. 

GPU pula dipacu oleh rangkaian Radeon Navi yang akan menyokong ray tracing iaitu suatu teknik yang mengolah cahaya dunia sebenar ke dalam persekitaran tiga dimensi (3D) dalam sesebuah game seperti korang betul-betul berada dalam dunia game berkenaan.

Setakat ini, tiada konsol yang mampu mengolah ray tracing ini dan muncul dalam rangkaian Nvidia GeForce RTX untuk PC tetapi PS5 sah akan menyokong teknik ini. 

PS5 akan buang hard disk drive (HDD) dan menggantikan dengan solid state drive (SSD) yang boleh mengurangkan masa loading game dalam sekelip mata. Kepantasan ini telah diuji melalui game eksklusif PS4, Marvel Spider-Man dan ia hanya mengambil 0.8 saat berbanding PS4 Pro mengambil masa 8.1 saat.

 

2. PS5 menggunakan Ultra Bluray (100GB untuk satu cakera) 

Sumber: Reddit

PS5 akan menggunakan Ultra Bluray untuk memasarkan game fizikal yang mampu menampung 100GB dimasukkan ke dalam pemacu optik (optical drive) yang juga berfungsi sebagai pemain Bluray 4K.

Ini tidak mengejutkan kerana game AAA terbaru, Red Dead Redemption 2 (RDR 2) memerlukan dua cakera Bluray (Bluray asal boleh memuatkan sebanyak 50GB) yang mana satu cakera untuk pemasangan game dan satu lagi cakera untuk main RDR 2. Malah, The Last of Us Part 2 dikatakan bakal datang dengan dua cakera juga.

 

3. Pemasangan (installation) game PS5

Pasang kedua-dua sekali atau salah satu terlebih dahulu?

Salah satu peningkatan pemasangan game adalah korang diberi kebebasan untuk pasang komponen game mana satu terlebih dahulu. Sistem ini telah pun hadir dalam PS4 dan saya menjangkakan PS5 akan mengeluarkan pop-up window sebelum korang mulakan pemasangan seperti dalam gambar di atas.

Ini bermakna korang boleh menikmati dulu kempen single-player sementara PS5 tengah memasang mod multiplayer atau korang boleh pasang kedua-dua komponen sekaligus.

 

4. Antaramuka pengguna (user interface) baru 

Antaramuka pengguna PS4

Setiap generasi konsol PlayStation akan ada antaramuka pengguna (UI) lain daripada yang lain dan ini juga sama seperti PS5.

Walaupun tiada gambar yang menunjukkan UI baru, UI PS5 kali ini akan memperincikan butir-butir pemain dengan game yang sedang dimainkan. Contohnya, korang boleh lihat rakan PS5 tengah bermain misi apa dalam game single-player dan apakah ganjaran atau langkah seterusnya yang mereka akan dapat manakala game multiplayer pula memberitahu pemain tentang aktiviti apa korang boleh sertai pada masa itu.

 

5. Controller DualShock 5

Sumber: YouTube

PS5 dan controller DualShock memang tidak boleh dipisahkan seperti sepasang kasut dan stokin atau pasangan mempelai bagaikan pinang dibelah dua. Inilah penaiktarafan baru untuk DualShock 5 (bukan nama rasmi).

  • Maklumbalas haptic

Controller baru bakal mempunyai maklumbalas haptic iaitu satu mekanik yang menterjemahkan deria sentuhan manusia ke dalam bentuk komputer. 

Teknologi haptic ini akan menggantikan teknologi rumble yang digunakan untuk DualShock 4 iaitu mengesan pergerakan tangan pemain dan sensasi gegaran. 

Ditambah dengan peningkatan pembesar suara di controller, haptic ini memberikan perasaan lebih mendalam ketika korang bermain game PS5. Jika karakter korang tengah berjalan di atas permukaan pasir ataupun di atas salji, korang boleh rasa geseran pasir kasar dan permukaan ais cair dan licin.

  • Picu adaptif

Selain itu, picu adaptif (adaptive triggers) kini diolah masuk ke dalam butang L2 dan R2. Melalui picu ini, korang boleh rasa ketegangan menarik busur dan anak panah ataupun memandu kereta laju di atas kawasan berbukit-bukau. 

  • Dicaj menggunakan USB Type-C dan lebih berat

Controller PS5 baru akan dicaj menggunakan USB Type-C dan ia lebih berat berbanding DualShock 4 tetapi lebih ringan daripada controller Xbox dipasangkan bersama bateri.

Buat masa sekarang, Sony masih lagi belum mendedahkan gambar rekaan dan nama controller baru serta beberapa ciri lain yang mengatakan ada fungsi untuk pembantu AI yang diaktifkan melalui suara dibina ke dalam controller baru melalui pendaftaran paten ini.

 

6. Sudah ada game boleh dimainkan di PS5

Gran Turismo Sport

Khabar angin mengatakan pembangun game sudah mendapat kit PS5 adalah benar. Melalui artikel Wired, beberapa game sudah boleh dimainkan melalui PS5 seperti Marvel’s Spider-Man, game PSVR, Astro Bot Rescue Mission dan Gran Turismo Sport (GT Sport). 

GT Sport memberi impak besar dalam maklumbalas haptic yang mana korang boleh rasakan gegaran dan sentuhan deria mendalam semasa memandu laju di atas trek tanah mahupun jalan raya biasa. Walaubagaimanapun, teknologi haptic ini mungkin boleh memenatkan pemain iaitu sama seperti korang menonton wayang menggunakan kerusi D-Box. Sumpah penat.

Setakat ini, studio besar seperti Bluepoint Games terkenal dengan Shadow of Colossus sedang membangunkan game PS5 tetapi masih lagi merahsiakan info lanjut tentang game ini. Selain Bluepoint Games, EA juga tengah bereksperimen dengan PS5 dari segi GPU seperti ray-tracing dan ambient occlusion yang boleh memberi peningkatan besar terhadap gameplay.

 

7. Berapakah harga dan apakah game dilancarkan bersama PS5 nanti? 

Melihat kepada pemerhatian kami terhadap harga pelancaran konsol PlayStation lepas (untuk pek konsol dan DualShock sahaja), PS3 dilancarkan di Malaysia dengan harga rasmi RM1,799 pada tahun 2008 manakala PS4 dipasarkan dengan harga yang sama juga.

Sony Malaysia belum lagi mengumumkan harga rasmi PS5 tetapi kami jangkakan ia akan dipasarkan dalam lingkungan harga RM1,500 ke 2,000. 

Buat masa sekarang, tiada lagi senarai game eksklusif PlayStation yang bakal tiba untuk PS5 tetapi mereka mengacah Death Stranding, The Last of Us Part II dan Ghost of Tsushima sebagai game untuk PS5. Perlu diingatkan, konsol PS5 juga menyokong backwards compatibility iaitu membolehkan korang main game PS4 di PS5. Fungsi ini mengikut gaya Xbox One yang boleh bermain game Xbox dan Xbox 360.

PlayStation 5 akan dilancarkan ketika musim cuti/sejuk iaitu anggaran September – Disember pada tahun 2020.

Adakah korang akan mengangkat PS5 semasa hari pertama pelancaran atau tunggu terlebih dahulu? Kongsikan bersama kami di FacebookTwitter dan Instagram serta saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+